1. Mahu

    Mahu aku tulis banyak-banyak

    Daya yang aku ada

    Secebis harapan tentang hari esok

    Mahu aku berikan banyak-banyak

    Keringat yang aku ada

    Walau satu apa pun tiada beda pada manusia

    Mahu aku persembahkan banyak-banyak

    Perhiasan yang aku miliki

    Buat Penciptaku

    Tapi 

    Apakan daya

    Perhiasan dan segala daganganku

    Tiada indah mana

    Nota : Ramadan yang semakin hampir ke penghujung