satu kata luhur dari hati. satu perkhabaran akan erti hidup. satu nukilan buat senyum di kala hati runtun. satu cinta untuk dirasa.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.